Wednesday 22 February 2017

Bukit Broga

Hiking Bukit Broga

Tarikh: 31.10.2016

This is a place that need no introduction. Just a hill but awesome view depending of the time. Broga ni dah jadi macam training ground untuk yang nak panjat gunung yang lagi tinggi, macam Kinabalu dan Nuang ..dan katanya untuk yang acah-acah hispter atau hikers..haha...whatever..janji tak buang sampah.

Kami start hiking agak lambat, start at 0800am dari parking. Bawa kawan yang first time hiking, so we estimated that it will be longer than our usual trip. Untuk yang baru baca blog ni, gambar ni adalah semasa belum ada trek yang baru (free). Ni adalah melalui trek lama yang masa tu free lagi.

View sebelum CP 1..musim ni bulan Oktober memang panaih lit lit..langit biru cantik, lalang pun tengah berbunga..so lebah pun banyak..so jangan pakai wangi2 kalau tak nak kena sengat atau lebah mai terbang pusing2 kat kita.


Yang ni pula view dari CP2..I love this view..Broga ni walaupun cuma bukit, tapi view memang cantik, kalau nasib baik akan dapat tengok awan karpet, nak tengok awan karpet kena mai hiing lepas hujan..biasanya waktu pagi tu akan dapat awesome view.


Okay, yang ni adalah bunga senduduk, Broga ni ada banyak species pokok2 yang lama kita tak tengok. Pokok bunga senduduk ni memang tumbuhan liar, banyak je kat tempat lain tapi bila musim bunga ni kembang banyak..masa tu akan ada banyak lebah, so kena hati-hati.

Yang ni memang favourite view ..on the way ke puncak, Dah jadi macam trademark view la untuk Broga ni.

No comments:

Post a Comment